Friday, September 28, 2007

Artik Makin Mengecil..!

Washington DC-Bongkah air batu di Laut Artik kini kian susut sehingga mencatatkan rekod kawasan paling kecil untuk tahun ini.
kosmo;Ahad,23September2007

ulasan:
antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini adalah pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan lapisan ozon menipis lalu menaikkan suhu bumi selain daripada faktor alam semulajadiJusteru itu,kita seharusnya menjaga bumi yang kita diami ini dengan sebaik mungkin.
Budjet 2008

Peruntukan keseluruhan :RM176.9b

Peruntukan mengurus:RM128.8b

Peruntukan pembangunan:RM48.1b

Ulasan:

Budjet yang telah dibentangkan ini amat penting bagi pembangunan Negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi Negara kita kearah yang lebih positif.

Bagi mengimbangi pembangunan Negara,kerajaan tidak mengabaikan perihal ekosistem apabila telah memperuntukan sejumlah RM1.1b bagi projek tebatan banjir di seluruh Negara.Ini termasuk projek tebatan banjir di Sg.Muda,Sg.Kelantan,Sg.Damansara ,Sg.Prai ,dan projek mengatasi banjir di Kuala Lumpur.Selain itu ,kerajaan juga memperuntukan 120 juta bagi program pemuliharaan dan perbersihan serta pengindahan sungai di seluruh Negara.

Program yang bakal dilaksanakan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran rakyat Negara ini terhadap kepentingan sungai.Ini kerana sungai boleh dikatakan sebagai nadi pembangunan bagi sesebuah bandar.

“CINTAILAH SUNGAI KITA”

ISU-ISU SEMASA

Igauan Tsunami

Padang :Tiga gempa bumi kuat menggegarkan Indonesia dalam tempoh 24jam,bimbangkan orang ramai terhadap kemungkinan tsunami pada 2004 yang menyebabkan lebih 200 000 maut di seluruh dunia berulang…

Harian Metro;Jumaat,14 September2007

Ulasan:

Bagaimanapun kali ini Indonesia bernasib baik apabila pergerakan kerak bumi yang menyebabkan gempa bumi tersebut,menghasilkan ombak bergerak ke Lautan Hindi ,bukan menuju daratan.

Bencana alam seperti gempa bumi boleh memberi kesan yang besar dalam proses urbanisasi dan pembangunan bandar sesebuah negara terutama sekali kepada negara yang sedang membangun seperti Indonesia.

Gempa bumi telah merosakkan rumah penduduk dan juga menyebabkan trauma.Justeru itu,Negara-negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik yang mempunyai risiko tinggi terhadap gempa bumi seharusnya mewajibkan rakyat membina rumah dengan menggunakan bahan yang boleh tahan gegaran bagi mengurangkan kemalangan jiwa.






Remaja diajak hayati Ramadhan

KUALA LUMPUR:Demi membangunkan sahsiah remaja supaya lebih berdisiplin dan berakhlak mulia untuk memacu masa depan Negara,Kementrian Belia dan Sukan (KBS)menerusi Bahagian Pembangunan Rakan Muda melaksanakan program Rakan Muda Ramadhan bagi tahun ini…

Harian Metro;Jumaat,14 September 2007

Ulasan:

Pada 13 September 2007 ,umat Islam di seluruh dunia telah mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.Pada pendapat saya,program ini amat bertepatan sekali kerana remaja merupakan golongan pelapis yang bakal menerajui kepimpinan Negara .Justeru pembangunan Negara pada masa hadapan amat bergantung pada golongan ini.

selamat berpuasa..