Wednesday, October 17, 2007

Feri perlu diperiksa selalu

Oleh SAHBULAH DARWI

KEPALA BATAS 17 Okt. – Semua syarikat pengendali perkhidmatan feri di negeri ini termasuk Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) perlu memperketatkan pemeriksaan feri milik mereka bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.

Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, pemeriksaan tersebut antara lain memastikan feri berkenaan mematuhi ciri-ciri keselamatan yang perlu dipatuhi.

‘‘Walaupun kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan kini memeriksa feri-feri, tetapi pengusaha terbabit perlu memastikan keselamatan penumpang,” katanya.




ulasan:

Baru-baru ini dalam kemeriahan orang ramai menyambut hari lebaran,kita dikejutkan dengan tragedi feri terbakar yang mana sehingga kini masih ada mangsa yang belum ditemui lagi.Tragedi ini memberi kesan yang besar terhadap pengusaha feri selain daripada industri pelancongan di negara kita.Justeru itu,pengusaha feri perlu memastikan kesemua feri yang beroperasi berada dalam keadaan yang baik bagi memastikan keselamatan para penumpang terjamin.Disamping itu,para penumpang sendiri seharusnya mengambil berat tentang keselamatan diri mereka sendiri dengan memakai jaket keselamatan yang disediakan.

No comments: