Friday, October 19, 2007

Selatan: Projek komersial pikat pelancong

Oleh Azida Shaharuddin

Pembangunan RM40 juta ambil kira keperluan pelawat Arab, India dan China

JOHOR BAHRU: Sebuah projek pembangunan komersial bernilai RM40 juta akan dibangunkan di pusat bandar raya ini, tidak lama lagi dengan merangkumi ciri-ciri yang menepati keperluan dan cita rasa pelancong asing bagi menarik minat mereka untuk terus melancong ke bandar raya ini.

Datuk Bandar, Datuk Mohd Naim Nasir, pembangunan projek itu akan merangkumi kompleks perniagaan, hotel, dan ruang pejabat berikutan lokasinya yang terletak dalam Kawasan Pusat Perniagaan (CDB)...

berita harian



ulasan

industri pelancongan merupakan sumber ekonomi yang penting kepada Malaysia yang mana industri ini merupakan industri yang kedua terbesar selepas petroleum dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di negara kita.Justeru itu,kita kena meningkatkan kemudahan pelancongan serta mempelbagaikan produk pelancongan di negara ini demi menarik pelancong dari dalam dan luar negara.Aktiviti pelancongan kian popular dewasa ini berikutan kempen yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.Berdasarkan statistik yang terkini,jumlah pelancong ke negara ini kian bertambah setiap tahun .Keadaan ini adalah satu perkembangan yang positif kepada sektor pelancongan di negara ini.



No comments: