Friday, October 19, 2007

Waran tangkap 21,000 pemandu

Oleh Norfatimah Ahmad

KUALA LUMPUR: Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap lebih 21,000 pemilik lesen memandu yang mengutip mata maksimum mengikut sistem demerit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi ingkar membayar saman atau menyerah diri.

Tindakan memburu pesalah trafik itu akan bermula minggu depan selepas JPJ dan polis mengadakan perbincangan mengenainya dalam mesyuarat 'bedah siasat' Ops Sikap XIII yang berakhir lusa.

Semua 21,000 pemandu itu ialah mereka yang sudah digantung lesen memandu oleh JPJ sehingga 31 Julai lalu kerana pelbagai kesalahan trafik dan dikenakan mata demerit mengikut Sistem Keselamatan Jalan Raya (Kejara).

berita harian


ulasan :

Pada pendapat saya,tindakan yang diambil oleh pihak JPJ amat bertepatan sekali.Ini kerana pemandu yang telah melanggar peraturan jalan raya tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja.Para pemandu ini boleh menyumbang kepada statistik kemalangan di negara kita dan seterusnya boleh menyebabkan negara kehilangan sumber modal insan yang sangat produktif.Jika ini berlaku,pertumbuhan ekonomi negara boleh terjejas serta membantutkan pembangunan bandar itu sendiri.Oleh itu,sebagai pengguna jalan raya,kita seharusnya bertindak bijak dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan demi manfaat bersama.

No comments: