Friday, October 19, 2007

Meniti Arus: Dasar ambil buruh asing wajar diubah

Bersama Abdul Rahman Sulaiman
rahmansulaiman@yahoo.com

Lambakan pendatang tanpa izin mampu jejas 'lubuk rezeki' rakyat sendiri

DIN (nama penuh tidak diketahui), berusia sekitar 40-an, sudah beristeri dan mempunyai tiga anak. Dia adalah pendatang asing (statusnya juga tidak diketahui) yang berasal dari Kalimantan. Beliau datang ke Malaysia sendirian, meninggalkan anak isteri. Anak sulungnya, gadis berusia 20-an, sudah pun bekerja di sebuah bank di Jakarta.

Menurut Din, beliau mempunyai tauliah sebagai kapten kapal dari Akademi Laut di Jakarta, pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat perkapalan asing dan biasa menghadapi saat-saat cemas yang hampir meragut nyawanya apabila kapal beliau karam di tengah lautan...
berita harian



ulasan
memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita menghadapi kebanjiran warga asing terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor.Keadaaan ini jelas kelihatan semasa perayaan aidilfitri baru-baru ini,dimana ketika kebanyakan orang tempatan telah pulang ke kampung halaman berhari raya,Bandar Kuala Lumpur dipenuhi oleh warga asing hampir di setiap pelusuk bandar.Kebanjiran warga asing ini telah membawa pelbagai masalah sosial di negara ini walaupun pada masa yang sama golongan ini telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara.Jika keadaan ini berlarutan ,peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan kian berkurang malah terpaksa bersaing dengan para warga asing ini.

No comments: